Pengenalan

Aktiviti perniagaan Sri Jentayu merangkumi penggunaan satu rangkaian global yang luas melibatkan rakan kerja yang strategik diseluruh dunia berserta dengan keupayaan pengurusan projek dalaman untuk memberi penyelesaian menyeluruh bagi kerja-kerja secara ‘turnkey’ dalam industri pembangunan dan perkhidmatan pembekalan.

Kumpulan ini mempunyai kelebihan yang unik untuk menyokong dan membantu segala inisiatif dan projek didalam negara samada dalam sector awam mahupun swasta.

Pengalaman telah membuktikan dengan adanya rangkaian tenaga kerja profesional yang berdedikasi dengan menumpukan kepada satu agenda termasuk arkitek perunding, pengurus projek, pembekal teknologi dan pengguna, segala objektif pembangunan projek dapat dipenuhi dengan berkesan. Kesan keatas prestasi projek dalam bentuk masa, kualiti dan harga dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya.

Sri Jentayu mempunyai pengalaman didalam pentadbiran projek didalam bidang-bidang berikut:-

  • CNC Manufacturing
  • Educational Tool die and Mold
  • CAD/CAM Integration
  • Simulation Software
  • Chemical Engineering
  • Defence Supplies
  • Contract Manufacturing and Turnkey Projects
  • Marine Technology