Misi & Matlamat
Sejarah
Struktur Organisasi
Maklumat Syarikat
Lawatan 'Virtual'
Misi dan Maklamat

Objektif Sri Jentayu adalah untuk menggunapakai rangkaian kerjasama yang strategik dan menyeluruh serta kemampuan pengurusan perolehan dalaman yang mantap bagi membolehkan industri pendidikan di Malaysia memperolehi pilihan yang luas dan terbaik dalam teknik dan tatacara latihan sejajar dengan piawaian antarabangsa.

Kerjasama yang terjalin dengan pembekal peralatan dan teknologi pendidikan yang terkenal di dunia telah meletakkan kami sebagai sebuah syarikat yang unik, berdaya saing dan mampu menyokong segala inisiatif pendidikan negara ke arah kemodenan.

Sri Jentayu Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan, CIDB dan PKK, milikan penuh dan diuruskan oleh kakitangan komersil dan teknikal bumiputera yang berpengalaman.