Malaysian Tenpin Bowling Congress MTBC
Kelab Bekas Komando Malaysia (KBKM)
Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS) Jabatan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Parlimen Johor Bahru
Majlis Usahawan Muda Melayu Malaysia
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
BEPESKOM Celik IT, Kementerian Pendidikan
Persatuan Olahraga Amatur Johor
Persatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia
Yayasan Akademi Siswazah (YASIS)

Tanggungjawab Sosial

Sri Jentayu berkeyakinan didalam penyelenggaraan dan pemantapan aktiviti perniagaan yang sihat, penekanan harus ditumpukan kepada bidang-bidang berikut:-

• Pembangunan Sumber Manusia
• Alam Sekitar
• Pelaburan Sosial

Pembangunan Sumber Manusia

Sesebuah syarikat akan sentiasa maju apabila asasnya dibina diatas kemahiran dan dedikasi mereka yang berkerja didalam dan disekelilingnya. Di Sri Jentayu, pembangunan sumber manusia dicernakan melalui semangat kerja berpasukan dalam suasana persekitaran sebuah keluarga yang jitu. Berteraskan dasar ini, perkhidmatan sosial dan kebajikan Sri Jentayu yang diterajui oleh Jabatan Sumber Manusia memberi fokus dalam membentuk suasana dan tatacara yang mesra serta komunikasi yang tepat dan berkesan. Kakitangan juga diberi kaunseling ataupun rundingcara, bantuan dan juga nasihat secara bebas menurut kesesuaian.

“Kelab Sukan dan Rekreasi Jentayu” telah ditubuhkan khas untuk menjalankan aktiviti sosial dan program-program seperti Hari Keluarga, Hari Sukan, Jamuan Makan Malam Tahunan, Aktiviti Keagamaan, Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Rekreasi.

Alam Sekitar

Sri Jentayu percaya bahawa pemahaman yang jitu tentang isu-isu berkenaan alam sekitar adalah penting dalam pemeliharaannya untuk generasi akan datang dan kami memupuk semangat melalui program ke arah pemahaman ini seperti kitar semula alat tulis dan peralatan yang lain. Inisiatif-inisiatif yang seumpamanya sedang giat direncanakan.

Pelaburan Sosial

Sri Jentayu amat aktif dan peka terhadap isu-isu kemasyarakatan tempatan dan nasional. Demi membantu dalam pengwujudan satu persekitaran yang sihat dan dinamik Sri Jentayu turut menyumbang kepada masyarakat melalui pendekatan pelaburan sosial.

Penajaan dan sumbangan dalam sukan dan program-program pembelajaran memperlihatkan kesungguhan kesemua Pengarah dan tenaga pekerjanya untuk membantu secara positif terhadap masyarakat tempatan dan nasional.